KAFEIN DALAM KOPI TINGKAT RISIKO SERANGAN JANTUNG


http://www.maynetwork.net

WASHINGTON: Penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mendakwa kopi, antara
minuman paling diminati di seluruh dunia, boleh menyebabkan serangan jantung.
Ini berikutan kehadiran bahan kafein dalam kopi yang meningkatkan risiko
serangan jantung di kalangan peminum kopi serta kaitan genetik berbanding
mereka yang tidak mengambil minuman itu.
Kajian yang disiarkan edisi terbaru Journal of The American Medical
Association, mendakwa penyelidikan itu turut mengesahkan bahaya sebenar kopi
berbanding kajian lalu yang mengesahkan manfaat atau keburukan kopi kepada
jantung.
Dalam kajian 10 tahun itu, penyelidik AS dan Kanada terbabit mengkaji lebih
4,000 peminum kopi di Costa Rica dan mendapati kumpulan peminum itu terbahagi
kepada dua jenis - golongan yang mempunyai genetik metabolisme kafein yang
pantas atau perlahan.

"Peminum yang dapat meleraikan kandungan kafein dengan pantas dan minum dua
cawan kopi atau lebih sehari, adalah 36 peratus lebih berkemungkinan mengalami
serangan jantung bukan maut berbanding mereka yang minum sedikit minuman itu,"
kata Ahmed El-Sohemy, penyelidik dan Pengerusi Pemakanan Universiti Toronto.

Katanya, risiko kopi terbukti lebih tinggi di kalangan mereka yang memiliki
metabolisma kafein yang perlahan, berusia kurang 50 tahun.

"Golongan ini adalah empat kali ganda mengalami serangan jantung berbanding
rakan sebaya yang minum sedikit atau tidak minum langsung kopi. Bagi mereka
yang mempunyai kadar metabolisme pantas, kesan sebaliknya dicatatkan."

Pelbagai kontroversi menyelubungi beberapa kajian sebelum ini berikutan ada
penyelidikan mendakwa kopi memberi kesan baik kepada kesihatan. Pada masa sama,
kajian lain pula berpendapat sebaliknya.
Tetapi kini, kata El-Sohemy, penyelidikan mereka membuktikan kaitan sebenar
minuman itu dengan kesihatan, khususnya jantung.

"Kami berminat mengetahui bagaimana ada segelintir orang yang mengelak meminum
kopi dan ada yang ketagihannya pada waktu pagi. Kami mahu mengetahui jenis
genetik yang memainkan peranan," katanya. – Agensi

Sementara itu, Pengarah Klinikal Penyelidikan Kardiovaskular Hospital Lenox
Hill di Manhattan, Dr Kirk Garatt berkata, penyelidikan terbaru itu boleh
membantu doktor memberi nasihat berguna kepada pesakit mengenai pengambilan
kopi.

"Yang pasti, ia mengutarakan kesan sebenar kopi berbanding penyelidikan lalu
yang agak kabur hasil kajiannya,” katanya. - Agensi

posted under |

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

About Me

Sekadar mencari rezeki yang halal untuk anak2 dan keluarga.. Semoga Allah memberkati...

Cari Blog Ini

Followers


Recent Comments