APABILA DIFITNAH, DILANDA MUSIBAH DAN TERTEKAN


1. Muhasabah diri.
Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini. Pintu taubat sentiasa terbuka sebelum kematian menjelma. Muhasabah akan diikuti taubat, dan tiada taubat selepas mati.
Dalil-dalil yang menyuruh melakukan muhasabah diri terdapat di dalam al-Quran, hadith dan kata-kata salafusoleh.
Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18).
Ayat di atas memerintahkan mukminin agar bertakwa kepada Allah Taala dan sentiasa memerhati dan mengawasi amal perbuatan mereka agar tidak menyalahi perintah Allah Taala. Setiap jiwa “diarahkan oleh Allah Taala agar memerhati amalannya untuk masa depan, sama ada baik atau jahat. Arahan itu merupakan amaran bahawa amalan yang dilakukannya itu akan dihitung sama ada baik atau jahat.
2. Banyakkan solat sunat.
Mengerjakan solat sunat seperti Sunat Dhuha, Sunat Taubat, Sunat Witir, Sunat Tahajjud dan Sunat Hajat. Sesungguhnya kita akan melupakan segala masalah dan tekanan yang dihadapi apabila masa kita diisi dengan solat sunat selain daripada solat yang wajib.

3. Membaca Al-Quran.
Membaca al-Quran, di samping memahami maknanya. Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan hati, fikiran dan jasmani.

4. Bersangka baik kepada Allah.
Kita hendaklah berbicara dan berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah. Jangan sesekali menyalahkan Allah di atas dugaan yang berlaku kepada kita. Sesungguhnya berbanggalah kita kerana Allah memilih kita untuk diuji.

5. Banyak bertaubat dan istighfar.
Bertafakur mengenang dosa, merenung mengenai diri terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Ingatlah segala kebaikan orang kepada kita dan lupakanlah segala kejahatan orang kepada kita. Ingatlah segala kejahatan kita kepada orang lain dan lupakanlah segala kebaikan kita kepada orang lain.

6. Berzikir.
Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda : Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung, mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir mereka,sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa? (Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

Abu Said Al Khudri menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda: Hendaklah kamu banyak berzikir kepada Allah, sehingga orang-orang mengatakan bahwakamu telah gila. (Riwayat Al Hakim dan menilainya sahih, Ahmad,Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)

posted under |

0 ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama

About Me

Sekadar mencari rezeki yang halal untuk anak2 dan keluarga.. Semoga Allah memberkati...

Cari Blog Ini

Followers


Recent Comments