AURAT WANITA



Dalil-dalil tentang Aurat Wanita

(i) Batasan aurat wanita
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].

Yang di maksud “wa laa yubdiina ziinatahunnaa” (janganlah mereka menampakkan perhiasannya), adalah "wa laa yubdiina mahalla ziinatahinnaa", maksudnya janganlah mereka menampakkan tempat-tempat (anggota tubuh) yang di situ dikenakan perhiasan. [Lihat Abu Bakar Al-Jashshash, Ahkamul Qur`an, Juz III hal.316].

Selanjutnya, kalimah “illa maa zhahara minhaa” [kecuali yang (biasa) nampak darinya], ini bermaksud, ada anggota tubuh yang boleh dinampakkan iaitu wajah dan kedua telapak tangan. Demikianlah pendapat sebahagian sahabat, seperti Ibnu Abbas, Ibnu Umar dan juga Aisyah [Al-Albani, 2001:66].

Ibnu Jarir Ath-Thabari (wafat 310H) menjelaskan dalam kitab tafsirnya, Jami Al-Bayan fi Tafsir Al-Qur`an Juz XVIII ms 84, mengenai apa yang di maksud “kecuali yang (biasa) nampak darinya (illaa maa zhahara minha)”, katanya, pendapat yang paling mendekati kebenaran adalah yang mengatakan bahawa, yang dimaksudkan (dalam ayat di atas) adalah wajah dan dua telapak tangan.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al-Qurthubi dalam kitab tafsirnya Al-Jamia li Ahkam Al-Qur’an, Juz XII hal. 229 [Al-Albani, 2001:50 & 57]. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi Sallalahu alaihi wa Sallam sedangkan baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Qur`an [An-Nabhani, 1990:45].

Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar,

“Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.” [HR Abu Dawud]

(ii) Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life)
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung).

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

“Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59].

Oleh sebab Al-Quran adalah berbahasa Arab, dan perkataan “jilbab” itu adalah perkataan Arab, maka kita hendaklah memahami apakah yang dimaksudkan “jilbab” di dalam bahasa Arab. Dengan kata lain, kita hendaklah memahami dan mengikuti apakah yang orang Arab faham bila disebut jilbab. Maka inilah pakaian yang diperintahkan oleh Allah kepada perempuan. Di samping itu, perincian tentang pakaian ini telah pun dijelaskan di dalam banyak hadis sahih yang wajib diikuti oleh setiap orang.

Jadi, apakah makna jilbab itu? Selain dari melihat sendiri kepada nas-nas hadis tentang pakaian yang dipakai Muslimah semasa zaman Rasulullah, kita juga boleh merujuk kepada banyak kamus Arab untuk mengetahui makna “jilbab”. Dalam kitab Al-Mu’jam Al-Wasith karya Dr. Ibrahim Anis [Kaherah: Darul Maarif ms 128], jilbab diertikan sebagai ats-tsaubul musytamil ala al-jasadi kullihi (pakaian yang menutupi seluruh tubuh), atau ma fauqa ats-tsiyab kal milhafah (pakaian luar yang dikenakan di atas pakaian rumah, seperti milhafah (seperti jubah), atau al-mula’ah asy-tamilu biha al-mar’ah (pakaian luar yang digunakan untuk menutupi seluruh tubuh wanita).

Berdasarkan pengertian ini, jelaslah bahawa yang diwajibkan ke atas wanita adalah mengenakan pakaian yang satu (sekeping) yang lurus dari atas hinggalah ke bawah, yakni hingga ke mata kaki. Maksud milhafah/mula’ah (Arab) adalah pakaian yang dikenakan sebagai pakaian luar [di dalamnya masih ada pakaian dalam (pakaian rumah) atau pakaian sehari-hari tetapi bukan hanya coli dan seluar dalam] lalu diulurkan ke bawah hingga menutupi kedua mata kakinya. Untuk pakaian atas, wanita disyariatkan/diwajibkan memakai “khimar” iaitu tudung atau apa sahaja bahan/kain yang serupa dengannya yang berfungsi menutupi seluruh kepala, leher, dan lubang leher baju di dada.

Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

“Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31].

Pakaian jenis ini (jilbab dan khimar) wajib dipakai oleh seorang Muslimah (yang telah baligh) apabila hendak keluar menuju ke pasar-pasar atau berjalan melalui jalanan umum. Setelah memakai kedua jenis pakaian ini (jilbab dan khimar) maka barulah dibolehkan baginya keluar dari rumahnya menuju ke kehidupan am tanpa sebarang dosa. Jika tidak, maka dia tidak boleh (haram) keluar dari rumah kerana perintah yang menyangkut kedua jenis pakaian ini datang dalam bentuk yang umum, dan tetap dalam keumumannya dalam semua keadaan. Mana-mana wanita yang telah baligh dan melanggar ketetapan Allah ini, maka berdosalah mereka dan layak mendapat seksa Allah di akhirat nanti.

(iii) Pakaian wanita dalam Hayatul Khassah (Kehidupan Khusus/private life)
Yang dimaksudkan dengan hayatul khassah adalah keadaan di mana seseorang wanita itu menjalani kehidupannya di rumahnya bersama dengan anggota keluarganya yang lain.

Adapun cara seorang Muslimah menutupi auratnya di hadapan lelaki ajnabi dalam kehidupan khusus seperti di rumahnya atau di dalam kenderaan peribadi, syarak tidak menentukan bentuk/fesyen pakaian tertentu tetapi membiarkan secara mutlak tanpa menentukannya dan cukup dengan mencantumkan lafaz dalam firman-Nya,

“wa laa yubdiina” (“dan janganlah mereka menampakkan”) [Surah An-Nur:31]

atau sabda Nabi,

“lam yashluh an yura minha” (“tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya”) [HR Abu Dawud].

Jadi, pakaian yang menutupi seluruh auratnya kecuali wajah dan telapak tangan dianggap sudah menutupi, walau bagaimana pun bentuknya. Tetapi ia adalah tertakluk kepada hukum tabarruj (sila lihat perbincangan di bawah).

Berdasarkan hal ini maka setiap bentuk dan jenis pakaian yang dapat menutupi aurat iaitu yang tidak menampakkan aurat dianggap sebagai penutup bagi aurat secara syar'i, tanpa melihat lagi bentuk, jenis, atau fesyennya. Namun demikian syara' telah mensyaratkan dalam berpakaian agar pakaian yang dikenakan dapat menutupi kulit. Jadi pakaian wajib dapat menutupi kulit sehingga warna kulitnya tidak diketahui. Jika tidak demikian, maka tidak dikatakan menutup aurat. Oleh kerana itu apabila kain penutup itu tipis/transparent sehingga nampak warna kulitnya dan dapat diketahui sama ada kulitnya berwarna merah atau coklat, maka kain penutup seperti ini tidak boleh dijadikan penutup aurat dan haram hukum memakainya.

(iv) Wajib memakai tsaub, di samping jilbab

Tsaub ialah ‘pakaian di rumah’ iaitu pakaian yang dipakai oleh wanita di hadapan mahramnya semasa berada dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) tatkala tiada lelaki ajnabi (lelaki asing) di dalamnya. Dalil mengapa wajib mengenakan tsaub di dalam jilbab ialah berdasarkan firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti (dari haidh dan mengandung) yang tiada ingin berkahwin (lagi) tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian (tsiyab) mereka, dengan tidak bertujuan mendedahkan perhiasan mereka” [TMQ An-Nur (24):60].

Ayat ini membenarkan wanita yang telah putus haid dan tiada keinginan berkahwin menanggalkan atau melepaskan pakaian (tsaub). Ini bermakna, jika tiada ‘pakaian’ di dalam jilbab, bermakna wanita yang telah putus haid berkenaan akan berbogel, walhal berbogel tidak dibolehkan. Justeru, tsaub adalah ‘pakaian dalam’ (pakaian rumah) yang wajib dipakai oleh Muslimah di samping jilbab (pakaian luar) di dalam hayatul am atau di dalam hayatul khas tatkala ada lelaki ajnabi. [Rujuk Imam Muhammad Abu Zahrah dalam kitab Usulul Fiqh:164-147, Abdul Wahab Khallaf kitab Ilmu Usul Fiqh:143-153 dan Sheikh Taqiuddin an-Nabhani dalam kitab As-Syahsiyyah Al-Islamiyyah Juz. 3:178-179].

Larangan Bertabarruj
Adapun dalil tentang larangan bertabarruj adalah juga dari Surah An-Nur (24):60 iaitu Firman Allah,

“Dan perempuan-perempuan tua yang telah terhenti [dari haid dan mengandung] yang tiada ingin kawin [lagi], tiadalah atas mereka dosa menanggalkan pakaian mereka dengan tidak [bermaksud] menampakkan perhiasan (tabaruj), dan berlaku sopan adalah lebih baik bagi mereka. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”. [TMQ An Nur(24):60]

Mafhum muwafaqah (yang disepakati) dari ayat ini adalah jika perempuan tua yang telah putus haid haram menampakkan perhiasan iaitu bertabarruj, apatah lagi perempuan yang masih muda, belum putus haid dan berkeinginan berumahtangga, tentulah lebih lagi. Dalil lain ialah

“Dan hendaklah kamu tetap di rumah kamu, dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang jahiliah.” [TMQ Al-Ahzab (33):33]

Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At-Termizi menjelaskan,

“Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya.”

Abul A’la al Maududi berkata:

“Jika kalimat tabarruj dipergunakan kepada kaum wanita, ia bermakna-

(i) wanita yang menunjukkan kecantikan wajahnya, daya tarik tubuhnya kepada lelaki asing (yang bukan mahramnya);

(ii) wanita yang mendedahkan kecantikan pakaian dan perhiasannya kepada lelaki asing; dan memperlihatkan dirinya, make-upnya, gerak-gerinya dan kemegahannya. Selain memastikan pakaiannya tidak nipis, jarang, longgar, tidak memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki ajnabi, tidak menyerupai pakaian lelaki atau orang kafir/musyrik, pakaiannya yang bukan melambangkan kemegahan, dia juga tidak boleh tampil dengan haruman semerbak. "Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina” [hadis dari Abu Musa al-Asy’ari].

Khatimah
Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian. Memetik kata-kata Sheikh Ali Thantawi:

"Terdapat perbezaan yang besar antara seorang yang terjaga lewat pagi kemudian terus bergegas untuk keluar bekerja. Disebabkan kesibukan menjalankan tugas, beliau tidak berkesempatan untuk makan dan minum sehingga tibanya waktu malam, sementara seorang yang lain yang turut mengalami keadaan berlapar dan dahaga tetapi telah berniat untuk berpuasa, telah mendapat pahala daripada amalannya disebabkan niatnya, sementara orang yang pertama tidak memperoleh apa-apa sedangkan dia turut berlapar dan dahaga. Begitulah keadaannya dengan amalan-amalan kebiasaan yang lain, bilamana diniatkan untuk mendapatkan keredhaan Allah Subhanahu wa Taala akan memperolehi pahala dari Nya, sebaliknya jika dilakukan sebagai rutin hidup, dia tidak akan memperoleh apa-apa".

Wallahu ‘alam bi sawab.

posted under | 0 Comments

MINUMAN ISOTONIK BAIK DALAM MENGGALAKKAN PENGHIDRATAN BERBANDING LAIN-LAIN MINUMAN.



Fakta 1:

Perpeluhan adalah cara badan mengekalkan suhu terasnya pada 37 darjah Celcius.
Akibatnya, badan kehilangan cecair dan elektrolit (mineral seperti klorida, kalsium, magnesium, natrium dan kalium) dan jika dibiarkan boleh mendorong kepada penghidratan dan lama-kelamaan menyebabkan kelumpuhan peredaran dan strok haba. dua faktor utama dalam penyerapan cecair yang boleh memberi kesan terhadap kepantasan cecair yang kita minum, iaitu :
i. Kepantasan cecair dikosongkan daripada perut
ii. Kadar cecair yang diserap melalui dinding usus kecil
Semakin tinggi tahap karbohidrat dalam minuman, semakin perlahan kadar pengosongan perut. Minuman isotonik dengan tahap karbohidrat antara enam dan lapan peratus dikosongkan daripada perut pada kadar yang hampir sama dengan air. Elektrolit terutama natrium dan kalium dalam minuman akan mengurangkan pengeluaran air kencing, membolehkan cecair mengosong daripada perut dengan cepat, menggalakkan penyerapan daripada usus dan pembendungan cecair.
Keosmolarian cecair adalah ukuran jumlah partikel dalam rumusan. Di dalam minuman, partikel ini akan terdiri daripada karbohidrat dan elektrolit manakala dalam plasma darah, partikel akan mengandungi natrium, protein dan glukos.
Minuman dengan keosmolarian 270 hingga 330 mOsm/kg (sama dengan keosmolarian darah) yang seimbang dengan cecair badan, dipanggil isotonic.
Minuman isotonik menggantikan cecair yang hilang dengan cepat melalui perpeluhan serta membekalkan karbohidrat yang bertambah. Glukos adalah sumber tenaga yang menjadi pilihan badan. Oleh itu, adalah wajar untuk mengambil minuman isotonik yang mana sumber karbohidrat ialah glukos dengan pekatan enam hingga lapan peratus.
Fakta 2: Teh atau kopi tidak boleh membantu penghidratan
Teh atau kopi mengandungi kafein. Penghidratan adalah satu hasil yang berkaitan dengan pengambilan kafein secara berlebihan. Kafein menjejaskan buah pinggang dengan bertindak sebagai diuretik yang meningkatkan pengeluaran air kencing sekali gus meningkatkan kehilangan air daripada badan. Teh dan kopi boleh menjadi sumber cecair. Bagaimanapun, ia tidak mengandungi elektrolit yang hilang menerusi peluh dan diperlukan untuk meningkatkan penghidratan semula. Adalah baik untuk mengambil minuman ini apabila status penghidratan kembali normal dalam jumlah yang disarankan.
Penghidratan yang mencukupi adalah penting bagi semua orang dan minuman isotonik menjadi pilihan cecair penghidratan semula bagi pengguna yang menyukai kesegaran rasanya. Ia juga sesuai untuk mereka yang berhasrat mengelakkan kalori atau mengambil kafein, gula, kalori atau pelbagai bahan yang didapati pada lain-lain minuman dalam jumlah yang disarankan.
Fakta 3: Jika air kencing berwarna kuning kehitaman, itu bermakna anda sedang mengalami penghidratan.
Berdasarkan kajian, warna air kencing boleh mendedahkan banyak perkara mengenai kesihatan anda – satu teknik diagnosis yang terlepas pandang. Bagi seseorang yang sihat, warna air kencing hampir cerah hingga kekuningan terang disebabkan oleh pigmen yang dikenali sebagai urokrom. Tetapi, apabila urokrom menjadi pekat, air kencing boleh bertukar menjadi kuning kehitaman atau coklat, menandakan sudah sampai masanya untuk anda minum.

Ia adalah petunjuk penghidratan yang boleh digunakan sebagai penanda sama ada anda minum air yang mencukupi, khususnya dalam cuaca panas lembap. Jika anda berpeluh dengan banyak, air kencing akan menjadi lebih pekat kerana air kurang bersedia untuk membawa zat terlarut. Jika pengambilan air ditingkatkan, pekatan akan menjadi cair secara automatik sekali gus menjadikan warna air kencing kembali normal. Tetapi, sekiranya anda mendapati air kencing masih berwarna kekuningan sekali pun selepas minum air dengan banyaknya, ada kemungkinan anda menghidapi penyakit kuning.
Lazimnya, air kencing pada awal pagi adalah lebih pekat berbanding pada waktu lain kerana kita tidak minum air ketika tidur. Sememangnya, minuman isotonik memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan badan kita dalam keadaan yang lembap (terhidrat). Dan sekiranya anda meningkatkan pengambilan pelbagai sumber cecair, air kencing anda yang pada mulanya pekat boleh menjadi cair manakala warnanya kekal jernih. Untuk mencapai pengambilan cecair yang mencukupi, minumlah pelbagai jenis cecair seperti air, jus, minuman isotonik, minuman soya dan susu dalam jumlah yang dibenarkan.
Fakta 4: Minuman tenaga tidak boleh digunakan untuk penghidratan.
Matlamat penghidratan semula untuk menggantikan cecair dan elektrolit yang hilang dalam badan anda. Minuman isotonik dirumus khusus untuk meningkatkan penghidratan serta mengoptimumkan prestasi fizikal. Kajian menyokong faedah meningkatkan prestasi hasil pengambilan minuman isotonik bagi senaman yang berlangsung sekitar lebih kurang 30 minit. Meminum minuman isotonik selepas bersenam turut menggalakkan penghidratan semula di samping penambahan semula glikogen (karbohidrat yang terdiri daripada rantai bercabang unit glukosa).
Jumlah karbohidrat yang hadir dalam minuman tenaga (misalnya 10 hingga 12 peratus) adalah bersamaan dengan minuman ringan dan jauh lebih tinggi berbanding minuman isotonik (biasanya antara enam hingga lapan peratus seperti mana yang disarankan oleh Garis Panduan Antarabangsa).
Minuman tenaga sama ada mempunyai natrium yang terlalu sedikit atau terlalu banyak. Natrium adalah elektrolit yang penting dalam minuman isotonik. Ia membantu mengoptimumkan penghidratan dan mengekalkan rasa dahaga anda. Minuman isotonik dirumuskan dengan campuran karbohidrat dan natrium yang tepat untuk penghidratan dan rasa yang optimum. Minuman tenaga, tidak seperti minuman isotonik boleh jadi mengandungi kafein atau guarana yang diuretik yang mana boleh menambah penghasilan air kencing dan meningkatkan risiko penghidratan. Sesetengah minuman tenaga juga mungkin mengandungi ginseng, gingko biloba, asid amino taurina dan inositol iaitu sejenis alkohol gula yang tidak terbukti kesahihannya dalam mengekalkan penghidratan.
Fakta 5: Minuman isotonik sesuai bagi mereka yang mengamalkan hidup aktif.
Adalah penting bagi individu yang mengamalkan hidup aktif untuk kekal dalam keadaan yang terhidrat. Minuman isotonik yang terdiri daripada gabungan air, gula dan elektrolit adalah sesuai untuk penghidratan tubuh badan. Bagi penghidap diabetes yang melakukan senaman secara intensif (bersungguh-sungguh), minuman isotonik boleh membantu menggantikan semula cecair yang hilang serta menghalang hipoglisemia. Juga dinasihatkan bagi individu yang menghidap diabetes agar berunding dengan pakar dietetik sukan mengenai pelan pemakanan dan minuman mereka terlebih dahulu sebelum melakukan jadual senaman mereka.
Sementara itu, bagi penghidap tekanan darah tinggi, pengambilan natrium anda tidak boleh melebihi 2,400mg sehari atau lebih rendah daripada jumlah ini. Secawan minuman isotonik 240ml mengandungi 115mg natrium klorida. Oleh itu, semua makanan dan minuman yang mengandungi natrium seharusnya diambil kira jika anda menghidapi hipertensi (tekanan darah tinggi). Membaca label produk sebelum mengambil sebarang makanan atau minuman adalah satu langkah bijak..

posted under | 0 Comments

KAFEIN DALAM KOPI TINGKAT RISIKO SERANGAN JANTUNG


http://www.maynetwork.net

WASHINGTON: Penyelidik Amerika Syarikat (AS) dan Kanada mendakwa kopi, antara
minuman paling diminati di seluruh dunia, boleh menyebabkan serangan jantung.
Ini berikutan kehadiran bahan kafein dalam kopi yang meningkatkan risiko
serangan jantung di kalangan peminum kopi serta kaitan genetik berbanding
mereka yang tidak mengambil minuman itu.
Kajian yang disiarkan edisi terbaru Journal of The American Medical
Association, mendakwa penyelidikan itu turut mengesahkan bahaya sebenar kopi
berbanding kajian lalu yang mengesahkan manfaat atau keburukan kopi kepada
jantung.
Dalam kajian 10 tahun itu, penyelidik AS dan Kanada terbabit mengkaji lebih
4,000 peminum kopi di Costa Rica dan mendapati kumpulan peminum itu terbahagi
kepada dua jenis - golongan yang mempunyai genetik metabolisme kafein yang
pantas atau perlahan.

"Peminum yang dapat meleraikan kandungan kafein dengan pantas dan minum dua
cawan kopi atau lebih sehari, adalah 36 peratus lebih berkemungkinan mengalami
serangan jantung bukan maut berbanding mereka yang minum sedikit minuman itu,"
kata Ahmed El-Sohemy, penyelidik dan Pengerusi Pemakanan Universiti Toronto.

Katanya, risiko kopi terbukti lebih tinggi di kalangan mereka yang memiliki
metabolisma kafein yang perlahan, berusia kurang 50 tahun.

"Golongan ini adalah empat kali ganda mengalami serangan jantung berbanding
rakan sebaya yang minum sedikit atau tidak minum langsung kopi. Bagi mereka
yang mempunyai kadar metabolisme pantas, kesan sebaliknya dicatatkan."

Pelbagai kontroversi menyelubungi beberapa kajian sebelum ini berikutan ada
penyelidikan mendakwa kopi memberi kesan baik kepada kesihatan. Pada masa sama,
kajian lain pula berpendapat sebaliknya.
Tetapi kini, kata El-Sohemy, penyelidikan mereka membuktikan kaitan sebenar
minuman itu dengan kesihatan, khususnya jantung.

"Kami berminat mengetahui bagaimana ada segelintir orang yang mengelak meminum
kopi dan ada yang ketagihannya pada waktu pagi. Kami mahu mengetahui jenis
genetik yang memainkan peranan," katanya. – Agensi

Sementara itu, Pengarah Klinikal Penyelidikan Kardiovaskular Hospital Lenox
Hill di Manhattan, Dr Kirk Garatt berkata, penyelidikan terbaru itu boleh
membantu doktor memberi nasihat berguna kepada pesakit mengenai pengambilan
kopi.

"Yang pasti, ia mengutarakan kesan sebenar kopi berbanding penyelidikan lalu
yang agak kabur hasil kajiannya,” katanya. - Agensi

posted under | 0 Comments

APABILA DIFITNAH, DILANDA MUSIBAH DAN TERTEKAN


1. Muhasabah diri.
Maksud muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini. Pintu taubat sentiasa terbuka sebelum kematian menjelma. Muhasabah akan diikuti taubat, dan tiada taubat selepas mati.
Dalil-dalil yang menyuruh melakukan muhasabah diri terdapat di dalam al-Quran, hadith dan kata-kata salafusoleh.
Firman Allah Taala: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan”. (Surah al-Hasyr:18).
Ayat di atas memerintahkan mukminin agar bertakwa kepada Allah Taala dan sentiasa memerhati dan mengawasi amal perbuatan mereka agar tidak menyalahi perintah Allah Taala. Setiap jiwa “diarahkan oleh Allah Taala agar memerhati amalannya untuk masa depan, sama ada baik atau jahat. Arahan itu merupakan amaran bahawa amalan yang dilakukannya itu akan dihitung sama ada baik atau jahat.
2. Banyakkan solat sunat.
Mengerjakan solat sunat seperti Sunat Dhuha, Sunat Taubat, Sunat Witir, Sunat Tahajjud dan Sunat Hajat. Sesungguhnya kita akan melupakan segala masalah dan tekanan yang dihadapi apabila masa kita diisi dengan solat sunat selain daripada solat yang wajib.

3. Membaca Al-Quran.
Membaca al-Quran, di samping memahami maknanya. Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan hati, fikiran dan jasmani.

4. Bersangka baik kepada Allah.
Kita hendaklah berbicara dan berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah. Jangan sesekali menyalahkan Allah di atas dugaan yang berlaku kepada kita. Sesungguhnya berbanggalah kita kerana Allah memilih kita untuk diuji.

5. Banyak bertaubat dan istighfar.
Bertafakur mengenang dosa, merenung mengenai diri terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kita. Ingatlah segala kebaikan orang kepada kita dan lupakanlah segala kejahatan orang kepada kita. Ingatlah segala kejahatan kita kepada orang lain dan lupakanlah segala kebaikan kita kepada orang lain.

6. Berzikir.
Dari Anas ra bahwa Rasulullah saw bersabda : Jika kamu sedang melewati kebun-kebun syurga, maka singgahlah ke dalamnya. Tanya para sahabat : Apa yang engkau maksud dengan kebun-kebun surga, wahai Rasulullah?? Sabda beliau : Ia adalah majlis-majlis zikir. (Riwayat Tirmizi dan menilainya Hasan, Ahmad,AL Baihaqi dan Ibnu Syahim)

Abu Hurairah menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda : Orang-orang Mufradun Al Mustahtarun adalah orang-orang yang paling beruntung, mereka selalu berzikir kepada Allah, dosa-dosa mereka diringankan oleh banyaknya zikir mereka,sehingga mereka menemui Allah dalam keadaan bersih dari segala dosa? (Riwayat Tirmidzi dan Thabrani)

Abu Said Al Khudri menuturkan bahwa Rasulullah saw bersabda: Hendaklah kamu banyak berzikir kepada Allah, sehingga orang-orang mengatakan bahwakamu telah gila. (Riwayat Al Hakim dan menilainya sahih, Ahmad,Ibnu Hibban dan Al Baihaqi)

posted under | 0 Comments

KEBURUKAN AIR RO

1.TIDAK MENGANDUNGI SEBARANG ZAT

Air R.O adalah air paling kosong. Dikenali juga sebagai air mati. Memang bersih dan bebas daripada kuman tetapi tidak membawa manafaat kepada keperluan kesihatan kita. Kita hendak keluarga kita minum air yang berzat, bukannya air kosong.

2.TIDAK ADA ELEKTROLIT MINERAL (AMAT BERBAHAYA!!!)

Apabila sesuatu air tidak ada elektrolit mineral, ia amat cepat menyerap radikal bebas daripada makanan yang masuk ke dalam badan kita. Radikal bebas memang kita ketahui merupakan penyebab utama pelbagai penyakit berbahaya di dunia ini. Radikal bebas ini pula akan digunakan di mana sahaja air itu sampai. Jika air itu digunakan di otak, maka radikal bebas akan ke otak. Kalau air itu beroperasi di jantung, paru-paru, buah pinggang, usus-usus dan lain-lain, maka ke situ jugalah radikal bebas tadi akan beroperasi sama. Alangkah bahayanya!

3.MELEMAHKAN SISTEM PERTAHANAN/ IMUN BADAN

Oleh kerana air R.O tidak ada sebarang zat, maka apabila ia masuk saja ke dalam tubuh, ia juga akan menyerap/ mencuri zat-zat yang ada dalam tubuh kita. Hukumnya sama seperti gula biasa yang kita gunakan. Oleh kerana ia tiada sebarang zat/ nutrien, maka ia akan mencuri zat daripada badan kita sebaik sahaja ia masuk ke dalam badan. Ini amat berbahaya terutamanya kepada orang yang telah sedia sakit. Sudahlah sakit, akan kehilangan zat pula. Air RO amat bahaya jika diberikan kepada mereka yang sakit. Hentikan hari ini juga.

4.TIDAK ADA MINERAL

Mineral sangat penting untuk tubuh badan kita. Sebab itu Allah menjadikan semua air tawar di dunia ini mengandungi mineral dan hidup pada zaman yang lampau. Oleh kerana dunia semakin tercemar, maka takungan air mineral hidup ini hanya tinggal 5 tempat sahaja di seluruh dunia . Cuba fikirkan? mengapa kerajaan tidak membenarkan air RO yang dibotolkan dilabel sebagai air mineral- mesti ditulis sebagai air minuman sahaja? Mengapa? Ini kerana air mineral sangat tinggi nilainya
dan mesti sah sumbernya, barulah boleh dilabel sebagai air mineral.

posted under | 0 Comments

MASALAH PENGHADAMAN


Antara yang menjadi punca adalah penghasilan asid perut yang berlebihan atau kurang, tabiat pemakanan yang tidak sihat, kekurangan enzim penghadaman, alahan laktosa (susu), masalah gastrik dan juga keradangan perut. Elakkan makan daging lembu dan sotong. Yang mana susah untuk hadam. Banyakkan memakan buah2an terutamanya betik.
Pengambilan probiotik sebagai sebahagian daripada suplemen harian adalah digalakkan terutamanya dalam memperbaiki masalah penghadaman serta melegakan simptom gastrousus. Bakteria bermanfaat dari jenis Lactobacillus acidophilus NCFM, terbukti secara klinikal membantu mengurangkan simptom-simptom akibat masalah sistem penghadaman. Pengambilannya membantu mengembalikan keseimbangan flora (kandungan bakteria) usus dan terbukti dalam melegakan ketidakhadaman, kembung, angin serta mengawal atur pergerakan usus. Lactobacillus acidophilus NCFM juga mampu melekat pada permukaan usus dan baik untuk sistem pertahanan badan, penghadaman, pencegahan cirit-birit dan melegakan keracunan makanan. Salah satu suplemen dari Cosway pun ada.

posted under | 0 Comments

KEBAIKAN TEH HIJAU (GREEN TEA)



Banyak kajian telah dilakukan keatas green tea atau teh hijau dan di dapati banyak khasiat kesihatan yang boleh di manafaat kan. Antara kandungan khasiat teh hijau yang boleh diperolehi dengan minum secara berterusan produk yang mengandungi green tea adalah:

1.Membantu mengawal tekanan darah tinggi
•Green tea / teh hijau boleh membantu kesihatan dengan mengurangkan tekanan darah dengan merencat tindakan Angiotensin II.

2.Membantu mengawal paras gula darah
•Polyphenols dan Polysaccharides dapat memberi kesan manafaat kepada paras gula dalam darah.

3.Membantu dalam sesetengah penyakit barah
•Kandungan Catechins Green Tea dilihat memberi kesan perawatan kepada sesetengah barah.

4.Menguatkan sistem imun
•Kepekatan Polyphenols dan Flavenoids teh hijau yang tinggi boleh membantu kesihatan sistem imun tubuh.

5.Menurunkan aras kolesterol
•Paras antioksidan Green Tea yang tinggi boleh membantu mengurangkan paras kolesterol.

6.Menggalakkan pembakaran lemah
•Kehilangan lemak yang dilihat kepada peminum Green Tea lebih khusus kepada lemak di viscera (lemak di dalam kaviti abdomen, usus dan organ dalaman yang lebih dikaitkan dengan peningkatan risiko sindrom metabolik dan diabetes jenis 2).
Tiga komponen utama perawatan yang penting adalah Catechins, Caffeine dan Theanine dengan cara merencat jus gastrik dan pankreas untuk penghadamam.

posted under | 0 Comments
Catatan Lama

About Me

Sekadar mencari rezeki yang halal untuk anak2 dan keluarga.. Semoga Allah memberkati...

Cari Blog Ini

Followers


Recent Comments